Sunday, March 13, 2011

Kursus Asas Haji - Siri 1/17... Part 2

Disclaimer: *Note*
Catatan daripada ceramah oleh Ustaz Ibrahim Embong - 27/2/2011
Jika ada yang tersilap, harap ditegur .. maaf atas kealpaan di dalam membuat catatan.

Adab Ketika Sampai di Mekah

1. Jauhi dari segala perbuatan dan percakapan tidak baik..i.e., mencarut, cakap tak senonoh, bertengkar, maki-hamun
  • tetapkan niat ke Mekah dan tinggalkan hal-hal duniawi apabila tiba di Mekah. Kita adalah tetamu/rombongan undangan Allahu
  • banyak kes yang telah berlaku di musim-musim haji yang lepas. telah kurang sejak ditekankan semasa kursus
  • jangan berfikir nak ambil berkat tanah suci - nak baikkan dari sakit. Ada kes yang pergi ke Mekah tapi baru baik dari penyakit mental tetapi masih bergantung dengan ubat. Apabila ubat habis, mengamuk di dalam masjid. Mujur kes diserahkan kepada Tabung Haji untuk diselesaikan. 
2. Banyakkan ibadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pahala berganda-ganda. Timbulkan rasa mencintai masjid dengan berjemaah. Jarak jauh, jangan dijadikan masalah. Dekatkan hati dengan masjid. Didiklah anak2 juga untuk mencintai masjid dengan bersama-sama berjemaah di masjid. 

3. Elakkan dari berbelanja berlebih-lebihan. Belanja sekadar yang perlu sahaja. 


Adab Apabila Pulang dari Mengerjakan Haji
1. Sunat memberitahu tarikh kepulangan kepada kaum keluarga dan sahabat. 


2. Apabila sampai di kawasan tempat tinggal, singgahlah ke masjid kampung/kawasan untuk solat sunat 2 rakaat. Lakukan sebelum masuk ke rumah. 


3. Sunat mengadakan kenduri kesyukuran setelah balik dari  mengerjakan haji. Ini adalah berdasarkan amalan Rasulllah s.w.t. Baginda menyembelih unta setelah balik daripada musafir.  Sunat bagi saudara mara dan sahabat mengunjungi jemaah haji yang baru pulang. 


4. Kepada orang ramai, sunat memberi salam dan berjabat tangan dengan orang yang baru pulang dari menunaikan haji dan minta ia doa dari Allah.  Orang yang pergi mengerjakan haji kerana Allah, apabila pulang, adalah orang yang telah membersihkan diri, doa mereka makbul. 


5. Setelah balik, hendaklah berubah kepada baik, atau lebih baik segala amalannya.  Ubahlah cara hidup dan tinggalkanlah maksiat. Gelaran haji itu adalah gelaran yang mulia. 

No comments:

Post a Comment