Saturday, May 7, 2011

Kursus Asas Haji - Siri 2/17

Sejarah & Pengenalan Tanah Suci

At first I didn't really understand why we need to have this topic on. Mainly what was covered initially was to show what's there in Makkah, its maps, how the name Saudi comes about, what's special about Makkah and more of history.   But then Ustaz Ibrahim made a really turn about, presenting a good connection of all this information to Hajj. It was really good. If you're interested to get his lecture, the committee handling this kursus at Masjid Negeri sells the recording of his 2-hr lecture for RM5.00. 

*************

Mengikut sejarah, dahulunya Saudi Arabia di kenali sebagai Semenanjung Tanah Arab.  Ianya terbahagi kepada 2 bahagian, Hijaz di kawasan pantai barat (Jeddah, Mekah) dan Najd di kawasan pantai timur (Riyadh).  Selepas pemberontakan melawan Kerajaan Turk Usmaniah (daripada keturunan Bani Hashim), tanah Hijaz kemudiannya dikuasai oleh Abdul Aziz Al-Soud yang kemudian telah menukar nama kepada Saudi - daripada nama Al-Soud. Mereka membuat perjanjian perkongsian dengan syarikat Aramco untuk menggali minyak di Saudi. 
Sedikit gambaran tentang Mekah: 
Nama Mekah bermaksud menghancurkan orang-orang yang takabbur, i.e. peristiwa tentera Abrahah dari Yemen yang dihancurkan di Muzdalifah, luar Mekah. 
Nama lain untuk Mekah juga,
  • Bakkah (nama taman Allah, ada yang menyebut rumah Allah berada di Bakkah)
  • Ummul Qura (ibu segala kampung2,menghimpun sekitarnya dan seluruh dunia)
  • Al-Balad (Negeri yang aman & makmur)
  • Al-Baladul Amin
  • Lembah tanpa tumbuhan
  • Al-Masjidil Haram 
Keistimewaan Mekah
Dari maksud sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Adi (maaf, nama ayahnya, tak berapa jelas/dapat), sewaktu baginda Rasulullah s.w.t hendak berhijrah ke Madinah, sedang baginda berdiri di hazrawah:  
"Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) sebaik-baik bumi Allah dan bumi Allah yang paling disayangi Allah. Kalau tidak aku dikeluarkan dari mu, aku tidak akan keluar". ...

Kawasan tanah haram (=tanah larangan Allah) adalah seluas lebih kurang 550 km persegi.  Orang kafir tidak boleh masuk  ke tanah haram,walaupun cuma dipagari oleh pintu gerbang dan tanda amaran sahaja. Allah yang menjaga melalui tentera Allah.  Allah yang akan halau kalau ada yang cuba masuk (selalunya tak dapat masuk, akan sesat atau terkeluar dengan sendirinya, tanpa dihalau oleh manusia).  Arafah adalah tanah halal. Tanah halal - tanah diluar kawasan Mekah.  Selepas pembukaan Mekah kepada Islam, sama2 sekali kafir tidak boleh masuk. 
Kenapa ianya diharamkan? Mengikut peristiwa, Nabi Adam a.s. merasa takut ketika Allah turunkannya di situ. Lalu Allah hantar para malaikat untuk menjaganya. Para Malaikat berada di tempat2 yang menjadi sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal.  Terdapat batu sempadan yang besar di Arafah.  Di masjid Aisyah di Tanaim (miqat umrah), boleh dilihat batu sempadan yang dibina di tepi jalan berdekatan masjid.   Pergerakan haji dan umrah bermula dari tanah halal ke tanah haram. Oleh itu, penting untuk mengetahui peta kedudukan Mekah dan sempadan (bandar) di sekitarnya, i.e. Tanaim, Jaaranah, Wadi Naflah..

Perkara yang diLarang Semasa Berada di Tanah Haram
  1. Berperang
  2. Merosakkan tumbuhan yang tumbuh secara semulajadi - jangan dicabut tumbuh2an. Kecuali yang ditanam manusia, i.e. untuk jualan. Tapi bila berada di dalam ihram, walaupun di tanah halal, juga tak boleh cabut tumbuhan. 
  3. Memburu binatang buruan. Jangan disergah, buru, bunuh, sembelih binatang2, termasuk belalang, burung merpati dan arnab.
  4. Mengutip barang tercicir kecuali jika mahu diserahkan kepada tuannya kembali. Tidak boleh dijadikan milik kita barang yang tercicir. DiMasjidil Haram, di belakang bukit Safa ada tempat "Lost and Found Center"  - boleh hantar atau cari barang di situ.
    *NOTA*:  Ada satu kisah, seorang jemaah, terlupa nak pulangkan batu yang dikutip di Muzdalifah dan terbawa pulang. Lalu dicampak ke dalam perigi dirumahnya. Sejak itu, dia selalu susah hati, sampai tak boleh keluar rumah. Setahun 2 lepas tu, berlaku kemarau, batu tersebut "timbul" dipermukaan, tidak bercampur lumpur pun. Jemaah tersebut pun minta tolong dengan Tabung Haji minta dipulangkan kembali ke tanah haram. Selepas itu, barulah dia berasa tenang. 
Kelebihan di Mekah
  • Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
  • Tempat kemuliaan, selamat, aman kepada semua
  • Tiada waktu larangan untuk solat sunat. Menggalakkan supaya umat yang berada di situ sentiasa beribadat.
  • Makkah terpelihara dari wabak taun dan fitnah dajjal. 
Air Zam-Zam adalah mukjizat Nabi Ismail a.s.  Allah s.w.t telah mengeringkannya selepas manusia engkar. Dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., keluarlah semula air zam-zam. 

Kaabah adalah tempat laluan orang Yemen nak berniaga ke Sham (and vice versa) suatu masa dahulu.  Binaan asalnya tiada atap dan ada 2 pintu.  Bentuk di hujungnya, yang mengadap Hijr Ismail adalah sedikit melengkung.  Binaan Quraisy tahun 18 sebelum Hijrah telah berlaku sedikit perubahan, ianya menjadi lebih pendek dari arah Hijr Ismail kerana kafir Quraisy kekurangan harta halal untuk membinanya. Mereka menaikkan pintu dan buat daun pintu. Kemudian tutup pintu belakang Kaabah dan meletakkan atap dan saluran air hujan.  Walaupun kafir, mereka tidak menggunakan sumber haram untuk membina Kaabah.  Hijr Ismail  adalah termasuk di dalam bangunan Kaabah (tiada binaan kerana tak cukup duit halal). Sebab itu, kita cuma boleh solat sunat sahaja di dalam Hijr Ismail. 

Tapak Ibrahim - ada kesan tapak kaki Nabi Ibrahim a.s., bukan kubur baginda. Ini adalah tempat Nabi Ibrahim a.s. berdiri semasa membina Kaabah.
  1. Membawa keluar batu, tanah dan pasir ke tanah halal. Bila mengutip batu di Muzdalifah, pastikan dipulang semula di tanah haram. Hanya air zam-zam disunatkan bawa keluar dari tanah haram. Ini kerana air itu sentiasa bertambah, jika tidak dibawa keluar, Mekah akan banjir.