Saturday, March 5, 2011

Kursus Asas Haji - Siri 1/17... Part 1

*Note*
Catatan daripada ceramah oleh Ustaz Ibrahim Embong - 27/2/2011
Jika ada yang tersilap, harap ditegur .. maaf atas kealpaan di dalam membuat catatan.

Adab-adab Sebelum Pergi Menunaikan Haji


  1. Bertaubat, bayar hutang (individu - tak semestinya melunaskan semua hutang dengan institusi kewangan), buat wasiat, memohon maaf, meninggalkan perbelanjaan untuk orang yang tinggal.
    • buatlah wasiat atas hutang jangka masa panjang (hutang bank), i.e. pesan anak/waris apa hutang kita dan guna fund apa untuk membayarnya
    • wasiat tidak semestinya harta benda sahaja. Boleh juga buat wasiat kepada anak2 supaya mendirikan solat, menjaga keislaman, etc. 
    • wasiat untuk anak2 yang tinggal - tentang penjagaannya mereka
    • minta maaf atas apapun kesalahan dan memohon keredhaan daripada semua kenalan
    • tinggalkan nafkah pada yang wajib diberi nafkah; termasuk binatang2 peliharaan kita, jika ada
  2. Mendapatkan keredhaan ibubapa dan suami (walaupun pergi bersama)
  3. Perbelanjaan haji dari sumber yang halal. 
    • jika perbelanjaan bukan dari sumber yang halal, hajinya masih sah tetapi mungkin tidak mendapat restu dari Allah s.w.t. (haji mabrur?)
  4. Mempelajari ilmu ibadat haji dan yang berkaitan dengannya. 
    • ada yang pergi haji, membawa bersama barang perniagaan - samada pergi atau balik -sunat tidak membawanya untuk mengelakkan daripada konflik ketika dia tanah suci
    • Terdapat 3 peringkat kursus haji yang dijalankan oleh LUTH
      • 1. Kursus Asas Haji - memberi ilmu kepada bakal-bakal haji dan orang yang berminat mempelajari. Dibahagikan kepada 3 bahagian, Ibadat Haji, Pengurusan dan Kesihatan
      • 2. Kursus Haji Intensif - hanya untuk mereka yang disahkan (dan standby) pergi haji sahaja. 3 hari, tidak bermalam
      • 3. Kursus Haji Perdana - Ketika hendak berangkat, mungkin 1, 2, 3 atau 4 minggu sebelum di mana semua bakal jemaah setiap negeri dihimpun pada satu tempat selama sehari semalam untuk memberi pendedahan awal keadaan haji semasa di musim haji di tanah suci (supaya tidak terkena "culture shock" dan mengulang semula apa yang telah dipelajari sebelum ini)
  5. Sunat berjumpa saudara mara, jiran-jiran dan para sahabat (bakal jemaah)
    • Ini yang selalu diadakan dengan mengadakan kenduri, minta didoakan, bukanlah untuk bertujuan riak (menunjuk-nunjuk)
    • Rasulullah s.a.w. dahulu, sebelum bermusafir, akan berjumpa dengan para-para sahabat
  6. Sunat solat sunat safar apabila hendak keluar rumah
  7. Sunat naik kenderaan dengan kaki kanan dan membaca doa
  8. Sunat membanyakkan doa ketika di dalam perjalanan. 

Next:  Adab ketika sampai di Mekah dan Sesudah Pulang mengerjakan haji

3 comments:

  1. Assalam

    Kursus Haji di menara LUTH Jln Tun Razak dah bermula ya.? masya allah saya terlepas. Setiap pagi Sabtu ka?

    ReplyDelete
  2. Kursus Haji LUTH di semua masjid dah mula either 26 atau 27 Februari lalu. Boleh tengok jadual kat TH punya website. Tak pasti la pulak yang kat LUTH Jln Tun Razak tu. Anyway, boleh masuk je walau dah separuh jalan.

    ReplyDelete